
Biskut Mentega Thai Tea
- Total Time: 2 jam
- Yield: 25–30 biskut 1x
Description
Kepada semua peminat Thai Tea di luar sana, ini cara baru untuk menikmatinya tetapi dalam versi biskut.
Ingredients
4 Tbsp Daun Thai Tea
210g Mentega
150g Gula Perang
50g Gula Kastor
1 biji Telur
1 Tsp Vanilla
210g Tepung Gandum
1/2 Tsp Baking soda
1/2 Tsp Garam
Instructions
- Panaskan ketuhar kepada 160C. Alaskan kertas minyak di atas dulang.
- Dalam mangkuk adunan, masukkan gula kastor, gula perang and mentega. Pukul sehingga ia menjadi gebu.
- Masukkan telur, esen vanilla and pukul sehingga sebati.
- Masukkan Thai tea dan gaul lagi.
- Kemudian, masukkan tepung gandum, baking soda, dan garam. Gaul hingga sebati.
- Cedok satu sudu tea adunan biskut dan letakkan di atas kertas minyak untuk setiap biskut. Sejukkan adunan dalam peti sejuk untuk 15 minit.
- Bakar pada suhu 160C selama lebih kurang 13 minit. Keluarkan biskut dari ketuhar selepas membakar.
- Hidangkan biskut setelah sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
Notes
Menyejukkan aduan sebelum membakar akan memastikan biskut membakar dalam tempoh yang sama dan biskut akan menjadi rangup.
- Prep Time: 30 minit
- Cook Time: 1.5 jam
- Category: Biskut
- Method: Membakar
- Cuisine: Asian
Keywords: Biskut Mentega Thai Tea, Biskut Thai Tea